Iklan Gambar

Kata Kata Cinta Terbaru

Advertisement
ADSENSE
Kata kata cinta terbaru dengan rangkaian kata yang baru saja saya temukan dan belum banyak atau malahan belum ada yang mempublikasikan. Hanya satu karya yang sudah saya cek dan untuk kata kata cinta yang lain, saya yakin juga sama. Untuk melegkapi kemajuan cinta anda, bumbu-bumbu harmonis seperti ini sangat penting untuk dicoba.

Mungkin memang terkesan terlalu gombal dan terlalu lebay, tapi anda jangan pikirkan hal itu karena percintaan bukan hal yang datar, tapi menuju kepada kebahagiaan. Kata kata cinta yang saya temukan di bawah ini hampir sama dengan kata mutiara cinta serta kata kata romantis.
Kata kata cinta terbaru lengkap untuk kekasih buat pacar tercinta dengan kumpulan koleksi kata romantis gombal dengan puisi cinta

Kata kata cinta dari koleksi terbaru menyentuh

Cinta
satu yang aneh
datang tanpa diundang
tapi perginya meninggalkan duka

Alangkah baiknya
sekiranya
cinta itu tidak menyapa akan hati ku
aku tak akan jadi perindu begini
ditinggal sendiri tanpa berita

Memang cinta aneh sekali
dan
amat sukar menafsir cinta.

siapakah pemilik hati ini
hanya kau yang tahu
hanya kau dapat rasa
sayang
cinta ini mungkin tidak sehebat
shah jehan pada mumtaznya
tidak setragis juliet pada romeonya
atau sedalam lautan api membara
namun cukuplah untukku nyatakan
seluruh jiwa dan raga ini hanya milikmu
sehingga ke akhirnya
hanya kau yang bertakhta
tiada yang lainnya

Aku tak tahu, di mana salahnya,
Sehingga cerita kita akhirnya begini,
Salah siapakah sebenarnya...
Kau atau aku...???

Ingatkah sewaktu kali pertama bertemu?
Kau dan aku begitu banyak perbezaannya,
Tiada satupun menyamakan kita,
Sehingga tiada seorang yan menginginkan kita bersama,
Kerana kita terlalu berbeza.

Aku benar-benar tidak sangka...
Kau seorang pemarah tapi tidak didepanku,
Kau seorang yang sombong tetapi jauh sekali didepanku,
Kau seorang yang pendiam tetapi tidak sekali didepanku.

Pelik...tapi itu yang berlaku antara kita...
Tanpa aku sedari...
Ada perasaan yang makin menular dalam jiwa ini,
Kau dan aku seperti bahagia bersama...

Keakraban makin terasa antara kita,
Gurau senda, hilai tawa
Menjadi rempah ratus dalam hubungan ini,
Antara kau dan aku menyimpan rasa,
Begitu indahnya saat itu,
Adakah kau turut merasa?

Tapi entah mengapa...
Entah salahnya dimana?
Hubungan ini tidak kemana...
Kau dan aku mengunci kata,
Hanya jelingan menjadi perantara,
Adakah kau terseksa,
Seperti mana aku yang merana?

Egois kah kita???
Demi maruah diri masing-masing kita memendam rasa,
Demi terlampau memikirkan orang lain kita jua yang merana,
Salahkah kita???

Hari terakhir kita berjumpa,
Semuanya kelihatan hambar berlaka,
Tiada suara ceria yang hanya tinggal sepi yang menyapa,
Hanya suara angin menjadi peneman setia,
Adakah kau tahu perasaan aku ketika itu?
Segala kata-kata hanya terkunci rapat di benak hati ini,
Kau ingin tahu?
Betapa sakitnya hati ini?
Betapa pedihnya jiwa ini?
Betapa peritnya tekak ini?

Masa berlalu begitu pantas...
dari minit ke minit,
jam ke jam,
hari ke hari,
sehingga tahun ke tahun....

Akhirnya kita berjumpa kembali...
Adakah kau tahu, betapa inginnya aku saat ini terjadi?
Walaupun hanya sekali,
Biar semua terluah, Biar semua terlerai,
Agar aku tidak lagi merana,
Mencari apa sebenarnya salah diri ini.

Sayangnya itu tidak berlaku,
Kau dan aku tetap begitu,
Sekali lagi egoismu menhancurkan hatiku,
Sedangkan aku telah membuang jauh egoisku,
Kenapa kau masih begitu!

Tak akan aku berharap apa-apa lagi selepas ini...
Semuanya sudah berlalu...
Semuanya masih begitu...
Kenangan akan tetap tinggal kenangan...

Maafkan diriku jika diri ini sentiasa menyakiti dirimu,
Mungkin memang benar kita tidak mungkin bersama,
Kerana perbezaan memisahkan kita,
Begitu juga Ego yang menjadi dinding antara kita.
kisah kau dan aku,
semuanya...
Akan ku kenang...
Kerana kau pernah hadir untuk diri ini...
mencorak kan lukisan kau yang tersendiri...
Menghiasi hidup ini...
Terima kasih untuk segalanya...

indah itu cinta namanya
bertemu pula kekasih bahagia

menjalin enak rindu
sampai terlupa rasa sakit

malam siang menjadi satu
pejam mata terasa erat kemas jejari bersatu

hati aku kau pegang
hati kau aku pegang

namun satu saat
semua hilang
semua pergi

hanya tinggal
hati kosong
menangis
tercari

inikah cinta

cinta mati..

sepinya malam dan indahnya bunga mawar
bayangan bulan jatuhnya di air tenang
angin lewat bersenandung dengan lagu kerinduan

duhai sayang wajahmu indah membayang
aku tenggelam dalam indah bunga mawar

di tepi kakilangit, di padang hijau
di bibir fajar, di luas cinta
aku tenggelam dalam indahmu,
bunga mawarku

Kerana aku manusialah aku mampu menapak rindu
biar jauh ia menjadi sebuah coret kaku
atau dekat ia menjadi suam bagaikan pelukan
aah rindu ini mana datang?
seakan tidak mampu tercapai tangan
atau bagai melihat jauhnya awan

Kalaulah aku bidadari
mahu aku melihat syurga indah sekali
supaya tenang hati ini
dan terbang tinggi layang-layang walau tanpa tali
kerana aku tahu mana kamu, mana aku mampu mencari

Pegang tangan kamu
biar telapaknya basah seakan tiada jemu
aku akan tetap pegang tangan kamu
biar walau ada terhalang sejuta karut cerita duka
aku akan tetap pegang tangan kamu
kerana kamu matahari aku
dan aku ialah suria cantik milikmu

Kadang kala sukar untuk memahami rindu
kita berkisah dalam senyum dan ketawa tanpa jemu
bercerita lagi, dan lagi sehingga serasa hairan di hati
akukah ini? berkisah pada kamu tanpa henti
sedang aku fitrahnya amat pendiam sedari azali

Kerana itu aku akan tetap pegang tanganmu
biar telapaknya basah meruntun rindu
biar ada senyum dalam debar yang bertandang
namun aku tetap ada dekatmu malam dan siang

Aku pegang tangan kamu
kerana aku tahu rindu
dan kerana kamu tahu bicara hatiku.

aku pegang tangan kamu
wlpn saat itu aku tidak lg mampu
akan aku pegang tangan kamu
tanda aku akan terus disampingmu selalu

aku tetap pegang tangan kamu
biar sekuat mnepn badai datang melanda
biar sehebat mnepn halangan x henti tiba
tanda aku akan terus setia

aku makin kuat pegang tangan kamu
bukti aku hanya inginkan kamu
dan tidak akanku lepaskan genggaman tangan kamu
utk tetap menemani sepanjang hayatku

Kan kupegang tanganmu,
sekuat hatiku
Dan terasalah
Nadi-nadi berdenyut
Pepejal yang kekerasan
Urat-urat yang tidak keruan.

Kan kupegang tanganmu
Dengan penuh kemesraan
Dengan penuh kesayangan
Kan kupegang tanganmu
Dengan sekuat hatiku
Kerana esok
kita xtau apa yg akn berlaku

saat aku sedar kerlingan matamu
hati ini bagai berdegup kencang
aku sedar hati ini bakal terpaut

semalam aku menangis
tapi aku percaya hari esok
akan ada sinar bahagia dengan hadirnya dirimu kembali

kau ibarat cahaya
yang menerangi hidupku yang kelam
walaupun hanya seketika

ku sangka kini kau kembali
rupanya aku hanya bermimpi disiang hari
kerna saat ku pegang tanganmu

engkau hilang, engkau tiada
kini aku masih begini
kerana aku tidak tahu apa-apa melainkan cintamu...
Mengapa semua itu dirangkai sebegitu banyaknya dan hanya untuk dibagi? Pastinya kata kata cinta ini akan membantu setiap orang yang mengalami masalah dalam percintaan agar rasa cinta lebih tumbuh.
Advertisement
ADSENSE
Artikel Menarik Lainnya
Seopeyek - Manis Manja Template by Rempelok™. Authorized by Dessy Puspawati